Program Khas Pendidikan MRSM Maktab_Rendah_Sains_MARA

MRSM Langkawi, salah satu daripada MRSM PKP

Program Khas Pendidikan (PKP) merupakan program yang disediakan oleh MRSM Bitara yang telah diiktiraf menghasilkan pelajar yang cemerlang melalui peperiksaan awam dan penglibatan aktif dalam kokurikulum di samping merupakan antara maktab terawal. MRSM Bitara dianggap sebagai maktab paling unggul dalam kalangan sekolah di Malaysia, walaupun maktab lain masih berpeluang menyainginya.

Kebanyakan pelajar yang dipilih untuk kemasukan ke MRSM Bitara biasanya merupakan pelajar yang memperoleh 8A atau 9A dalam Penilaian Menengah Rendah dan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah di samping mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan aktif dalam bidang kokurikulum. Bagi pelajar yang mengambil PT3, kelayakan minimum ke MRSM PKP adalah 6A 4B. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar, dan anak kakitangan MARA.

MRSM PKP yang pertama adalah MRSM Kulim. Ia melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 4 sesi pengajian 1988/1989. MRSM Kulim menamatkan PKP pada tahun 1991 dan ia dipindahkan ke MRSM Taiping pada tahun 1991. Ini diikuti oleh MRSM Pengkalan Chepa pada tahun 1995, MRSM Tun Ghafar Baba pada tahun 1996, MRSM Tun Dr. Ismail(2010), MRSM Langkawi(2010) dan MRSM Kuantan(2010). MRSM Langkawi pernah menjadi MRSM PKP pada tahun 2001, ditarik balik status PKP pada tahun 2007 sebelum diberikan semula status PKP pada tahun 2010.

MRSM Bitara yang terlibat dalam PKP ialah MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Tun Ghaffar Baba, dan MRSM Taiping. Senarai MRSM PKP adalah seperti berikut:

  • MRSM Taiping
  • MRSM Pengkalan Chepa
  • MRSM Tun Ghafar Baba


MRSM PKP (Taiping,TGB,Pengkalan Chepa) yang hanya mempunyai Tingkatan 4 dan 5 terdiri daripada pelajar MRSM lama dan pelajar sekolah kementerian. Mereka dipilih berdasarkan keputusan PT3 dan UKKM yang dijalankan bagi pelajar MRSM lama dan pelajar sekolah kementerian. MRSM PKP hanya menempatkan pelajar bumiputera sahaja, tidak seperti MRSM lain yang turut mempunyai bangsa lain. Sebelum menerima status MRSM PKP, MRSM Taiping, TGB dan Pengkalan Chepa mempunyai pelajar Menengah Rendah dan Menengah Atas.

Rujukan

WikiPedia: Maktab_Rendah_Sains_MARA http://www.agendadaily.com/Eksklusif-Bersama/ada-c... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/selebriti... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/daulat-s... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.mykedah2.com/20hall_fame/206_14.htm http://malaysiakita.tripod.com/mrsm.html http://www.hmetro.com.my/node/220421 http://www.kangaroomath.com.my/product/math-olimpi... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=02... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/...